widget

Rabu, 9 Mac 2011

SRS TAMAN SERI MAHKOTA

Setelah hampir genap setahun KRT Taman Seri Mahkota ditubuhkan, pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan, antaranya:-

  • Program dialog berkala bersama pihak-pihak berwajib
    • MPKK
    • Pemaju
    • PDRM
    • NGO
    • Pentadbiran Dearah
    • Pejabat Agama
  • Program Muhibbah Perayaan
  • Majlis Berkhatan
  • Program Qurban
  • Khidmat masyarakat semasa bencana 
  • Sehari bersama Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
  • Sukaneka Gemilang Mahkota
  • Pertandingan Bola Sepak
Dalam tempoh yang singkat ini kita juga telah menjalankan program 'warm-up' rondaan sukarela dan untuk tempoh itu telah berjaya mencegah kejadian jenayah, gejala sosial remaja termasuk mencegah kes-kes maksiat yang sering mensasarkan kawasan berbatu dan berbukit di sekitar Taman Seri Mahkota(TSM) sebagai zon panas untuk aksi terlarang. 

Demi meneruskan usaha gigih seluruh warga TSM maka kita telah mengorak langkah untuk menubuh Skim Rondaan Sekarela (SRS). Permohonan pihak KRT TSM telah diluluskan dan kita telah bersedia sepenuhnya untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini setelah hampir setahun belajar dan menimba pengalaman.
Pihak JPNIN juga telah menyokong permohonan KRT TSM untuk mendapatkan Kabin SRS (22' x 10') sebagai flatform aktiviti SRS dan KRT. 
Kabin SRS (gambar Hiasan)
Kawasan Kejiranan Selamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan