widget

Isnin, 13 Februari 2012

SERI MAHKOTA DILANDA RIBUT











Penyelaras DUN Kulim En. Chua Thiong Gee




En. Baddrul Hisham penghulu mukim



Pada tanggal 11/02/2012 Taman Seri Mahkota (TSM) sekali lagi digemparkan dengan kejadian ribut yang tiba-tiba melanda sekitar jam 5.45 petang. Ribut yang disulami hujan lebat selama 30 minit ini telah menyebabkan 40 buah rumah mengalami kerosakan. Dari jumlah itu 5 unit rumah rosak teruk manakala  selebihnya mengalami kerosakan kecil. Tindakan pantas anggota KRT TSM membaiki hampir 20 unit rumah sejak jam 7.00 malam hingga 2.30 pagi telah memberi kelegaan kepada mangsa-mangsa ribut. Pihak penduduk telah menubuhkan 2 kumpulan bertindak diketuai oleh pakar-pakar pembaikan rumah dengan disokong oleh unit bantuan logistik telah berusaha keras untuk memberi sedikit 'penawar' kepada mereka yang terlibat terutamanya golongan kanak-kanak yang  akan ke sekolah pada keesokan harinya. Tambahan pula para penduduk di sini tidak pernah lokek keringat dan tenaga untuk membantu jiran-jiran yang ditimpa musibah. Ini dibuktikan apabila begitu ramai sekali penduduk yang keluar bergotong-royong secara sukarela bagi membersihkan kawasan dan rumah-rumah yang rosak. Pihak Jawatankuasa penduduk ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu dari segala segi dalam usaha meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa ribut ini. Namun begitu pihak kami masih mengalu-alukan sekiranya ada lagi mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan bagi tujuan membantu mangsa-mangsa ribut di TSM ini. Untuk tujuan itu tuan/puan boleh menghubungi En. Syaharul Nizam bin Abu (Pengerusi KRT TSM) di talian 0175009210.