widget

Rabu, 11 April 2012

SERI MAHKOTA MENYINAR DI ARENA SEPAK TAKRAW





Tekong Seri Mahkota dipilih pemain terbaik keseluruhan


Bintang-bintang muda sepak takraw Seri Mahkota telah membuktikan kewibawaan mereka setelah berjaya mara ke perlawanan akhir Sepak Takraw anjuran KRT Bandar Kulim yang turut disertai hampir 40 pasukan. Pertandingan yang pada awalnya dilangsungkan pada 7 April lalu terpaksa ditunda ke hari ini. Pasukan Seri Mahkota telah menghantar 2 pasukan dengan tagline MAHKOTA A dan MAHKOTA B. Regu MAHKOTA A pada awalnya dilihat mendapat laluan mudah diperingkat awal telah disekat kemaraannya di peringkat suku akhir. Namun kemaraan MAHKOTA B sukar digugat dan mereka telah melayakkan diri ke peringkat akhir setelah menundukkan regu INFRATEL diperingkat separuh akhir. Kegemilangan mereka disekat diperingkat akhir setelah membawa pertemuan bersama regu WARISAN ke kiraan tiebreak. Selain itu tekong untuk regu MAHKOTA B telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Apapun tahniah dan syabas buat wira-wira SERI MAHKOTA yang telah berjaya memahatkan nama mereka menjadi regu sepak takraw yang digeruni di zon Utara.

Isnin, 13 Februari 2012

SERI MAHKOTA DILANDA RIBUT











Penyelaras DUN Kulim En. Chua Thiong Gee




En. Baddrul Hisham penghulu mukim



Pada tanggal 11/02/2012 Taman Seri Mahkota (TSM) sekali lagi digemparkan dengan kejadian ribut yang tiba-tiba melanda sekitar jam 5.45 petang. Ribut yang disulami hujan lebat selama 30 minit ini telah menyebabkan 40 buah rumah mengalami kerosakan. Dari jumlah itu 5 unit rumah rosak teruk manakala  selebihnya mengalami kerosakan kecil. Tindakan pantas anggota KRT TSM membaiki hampir 20 unit rumah sejak jam 7.00 malam hingga 2.30 pagi telah memberi kelegaan kepada mangsa-mangsa ribut. Pihak penduduk telah menubuhkan 2 kumpulan bertindak diketuai oleh pakar-pakar pembaikan rumah dengan disokong oleh unit bantuan logistik telah berusaha keras untuk memberi sedikit 'penawar' kepada mereka yang terlibat terutamanya golongan kanak-kanak yang  akan ke sekolah pada keesokan harinya. Tambahan pula para penduduk di sini tidak pernah lokek keringat dan tenaga untuk membantu jiran-jiran yang ditimpa musibah. Ini dibuktikan apabila begitu ramai sekali penduduk yang keluar bergotong-royong secara sukarela bagi membersihkan kawasan dan rumah-rumah yang rosak. Pihak Jawatankuasa penduduk ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu dari segala segi dalam usaha meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa ribut ini. Namun begitu pihak kami masih mengalu-alukan sekiranya ada lagi mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan bagi tujuan membantu mangsa-mangsa ribut di TSM ini. Untuk tujuan itu tuan/puan boleh menghubungi En. Syaharul Nizam bin Abu (Pengerusi KRT TSM) di talian 0175009210.

Selasa, 27 Disember 2011

MAHKOTA KIDS FC JUARA BOLA SEPAK 7 SEBELAH 2011


Syabas dan tahniah buat bakat-bakat muda Mahkota Kids FC kerana telah berjaya membawa cabaran TSM dan seterusnya mencatat nama selaku JUARA pertandingan bolasepak 7 sebelah 5 penjuru kali ini. Kejohanan bersejarah ini telah berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, kulim Kedah dibawah Anjuran KRT Taman Bestari, Kulim. Semoga anak-anak ini mampu pergi lebih jauh dalam kancah bolasepak tanahair. 

Selasa, 20 Disember 2011

Ahad, 18 September 2011

JAMUAN AIDIL FITRI MERDEKA RAYA 2011

Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu rasanya belum terlewat untuk kami mengucapkan Salam Eidulfitri untuk seluruh warga Taman Seri Mahkota (TSM) serta selamat menyambut Hari ulang tahun Kemerdekaan Malaysia kali ke 54. Hari ini sekali kali seluruh warga TSM telah bersatu dalam ikatan persaudaraan yang sangat hebat bagi menjayakan  agenda tahunan TSM iaitu program jamuan perayaan untuk seluruh penduduk.
Alhamdulillah tahun ini kita sekali lagi berjaya mengadakan program ini tanpa membuat rayuan pungutan dari penduduk. Tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa penganjur dan seluruh individu yang membantu dalam menjayakan agenda murni ini. Semoga segala penat jerih ikhlas saudara dan saudari akan diberi ganjaran berlipat ganda dari Allah S.W.T. Insyaalah pihak jawankuasa penduduk akan terus berusaha tanpa jemu demi memberi kesejahteraan kepada warga TSM. (terima kasih kepada Blue Avenue Sdn. Bhd. dan dermawan individu yang telah sama-sama menyumbang bagi menjayakan program ini)

Selasa, 21 Jun 2011

SURAU TAJUL ULUM TAMAN SERI MAHKOTA







Alhamdulillah, majlis penyerahan kunci Surau Taman Seri Mahkota Kulim telahpun disempurnakan pada 19 Jun 2011 bersamaan 17 Rejab 1432 H oleh yang berbahagia Tuan Harun bin Jasin. Pihak Jawatankuasa Penduduk Taman Seri Mahkota (JKPTSM), Jawatankuasa Surau Tajul Ulum TSM, Jawatankuasa KRT TSM serta seluruh penduduk ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan pembinaan surau yang tersergam indah ini.
Terima kasih juga kepada para penyumbang yang selama ini tidak jemu-jemu membantu pihak penduduk, bagi dari segi kewangan mahupun lain-lain bantuan yang telah dihulurkan. Semoga budi dan jasa kalian hanya ALLAH S.W.T yang mampu membalas.