Saban tahun umat Islam akan menyambut Awal Muharram atau dikenali sebagai Maal Hijrah bagi mengingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan sahabat dalam peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah. Selama tempoh 1432 tahun kita menyambut Maal Hijrah, perlu difahami bahawa hijrah yang sebenarnya bukan sahaja bermaksud sekadar kita berhijrah dari Makkah ke Madinah atau dari satu tempat ke tempat lain tetapi apa yang lebih penting ialah menjiwai dan menghayati perjuangan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w menjana serta mengangkat kalimah Lailahaillallah di mercu dunia demi kesejahteraan umat.
Hijrah adalah peristiwa penting dalam sejarah Islam. Dalam konteks sirah Rasulullah s.a.w, Hijrah membolehkan baginda mengatur strategi lebih berkesan bagi umat Islam menggembleng usaha dan mengukuhkan kekuatan umat Islam. Allah Taala juga berfirman :“Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dari-Nya.”al-Baqarah:218. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah ke atasnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Justeru dengan kedatangan tahun baru Hijriyah ini menjadi titik tolak kepada seluruh warga TSM untuk terus berbakti dan berkhidmat dengan ikhlas di samping mengatur langkah yang teratur dan memantapkan saf kepimpinan. Langkah perlu diperkemaskan, tangan perlu disingsing dan jiwa perlu disegarkan dengan nafas dakwah yang memuncak. Beberapa pesanan yang boleh saya nukilkan agar kita bersama-sama mengambil iktibar di sebalik peristiwa Hijrah ini.
Keikhlasan Yang Dituntut
Keikhlasan merupakan hasil proses didikan terhadap hati manusia di dalam melaksanakan amal kepada Allah. Keikhlasan ini akan menentukan samada amal itu merupakan amal yang terbaik di sisi Allah atau menjadikan ia kehinaan di akhirat. Allah taala berfirman :
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
” Allah Taala yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun“. (Al-Mulk: 2)
Imam Al-Ghazali juga menuturkan, “Setiap manusia binasa kecuali orang yang berilmu. Orang yang berilmu akan binasa kecuali orang yang beramal (dengan ilmunya). Orang yang beramal juga binasa kecuali orang yang ikhlas (dalam amalnya).”
Dari segi amal kita kepada Allah taala, ternyata dan pasti apabila kita mendapati bahawa mengharapkan syurga Allah dengan amalan kita semata-mata sahaja adalah tidak memadai dan mencukupi kerana Allah Taala akan menilai tahap kelayakan ahli syurga berdasarkan niat dan keikhlasan.Tanpa ikhlas, amal seseorang akan sia-sia tidak berguna dan tidak dipandang sedikitpun oleh Allah swt. Dalam hal ini, hanya orang-orang yang ikhlas beramal yang akan mendapat keutamaan dan keberkahan yang sangat besar, seperti yang dijamin Allah dalam firmanNya, “Tetapi hamba-hamba Allah yang dibersihkan (bekerja dengan ikhlas). Mereka itu memperoleh rezeki yang tertentu, yaitu buah-buahan. Dan mereka adalah orang-orang yang dimuliakan, di dalam syurga-syurga yang penuh kenikmatan”. (Ash-Shaaffat: 40-43)
Justeru saya mengharapkan kita semua agar sama-sama kita menyucikan hati di dalam melaksanakan urusan kemasyarakat ini. Proses didikan diri hendaklah dipertingkatkan, amal dakwah hendaklah diteruskan, ibadah hendaklah dimantapkan, akhlak hendaklah dihiaskan dengan sifat-sifat mahmudah agar masyarakat menyedari keikhlasan kita untuk berkhidmat dan berbakti.
Kesungguhan Yang Berterusan
Jiddiyah atau kesungguhan merupakan sifat yang perlu ada pada setiap saf kepimpinan KRT TSM. Tanpa sifat ini kita tidak akan maju dan berkembang, tiada peningkatan dan tiada warga yang berkualiti. Kita membaca sirah para sahabat Rasulullah s.a.w di mana mereka terdiri daripada golongan yang serius dalam bekerja. Apabila turun sahaja ayat-ayat Allah s.w.t mereka berlumba-lumba untuk melaksanakannya. Mereka tidak sanggup menunggu kerana memahami maksud ayat Allah s.w.t :
Terjemahannya:
“ Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; “
(Surah Ali Imran : 133 )
Rasulullah s.a.w sentiasa memotivasikan dan menggesa para sahabat agar menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh bagi mengelakkan fitnah menimpa individu, keluarga, jamaah dan ummah seluruhnya.Sabdanya:
“Bersegeralah melakukan amal soleh sebab akan berlaku fitnah besar bagaikan malam yang gelap gelita di mana seorang lelaki, paginya beriman apabila tiba petang hari berbalik kufur, petang ini beriman pagi esok kembali kufur kerana menukar deen dengan keuntungan dunia yang sangat remeh.”
Saidina Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu telah mengorbankan dan membelanjakan seluruh hartanya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya kepadanya: “Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?” Lalu beliau menjawab: “Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya.”

Sekali saya menyeru dan terus berharap agar kita semua sentiasa rela dan bersedia untuk melakukan anjakan transformasi sikap dan permikiran untuk menjana masyarakat madani dan harmoni. Insyaallah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan