Tahniah buat adik-adik yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk SPM 2010 yang lalu. Hakikatnya perjalanan adik-adik perlu diteruskan dengan pilihan-pilihan berikut:-
- Melanjutkan pengajian keperingkat lebih tinggi ( Diploma dan Matrikulasi),
- Meneruskan pengajian di dalam bidang teknikal dan vokasional,
- Meneruskan pengajian di peringkat pra universiti, atau
- Terus bekerja diperingkat paling minima.
Adik-adik,
Apapun yang dipilih seharusnya tidak merugikan masa depan agama, bangsa, negara, keluarga dan diri sendiri. Kita tidak mampu mengharungi cabaran dan rintangan yang kian kencang menggoncang hak dan keistimewaan kita. Apakah kita mampu menerus dan mengurus legasi kesinambungan bangsa tatkala kita sendiri tidak mampu memelihara keampuhan ummah kerana leka mengejar kepentingan sendiri. Ayuh wahai anak bangsa kita bangkit dari dodoi buai musuh yang selama ini membisikkan alunan irama leka dan lalai sehingga kita tidak sedikit pun risau dan bimbang tentang nasib agama dan bangsa. Ayuh adik-adik kita bangun memperkasakan diri sebagai benteng menghadapi ancaman musuh yang hanya menanti masa untuk mengambil kesempatan dari kealpaan kita. Teruskanlah misi perjuangan yang belum selesai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan