widget

Sabtu, 26 Mac 2011

SPM DAN KESINAMBUNGAN


Tahniah buat adik-adik yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk SPM 2010 yang lalu. Hakikatnya perjalanan adik-adik perlu diteruskan dengan pilihan-pilihan berikut:-
  • Melanjutkan pengajian keperingkat lebih tinggi ( Diploma dan Matrikulasi),
  • Meneruskan pengajian di dalam bidang teknikal dan vokasional,
  • Meneruskan pengajian di peringkat pra universiti, atau
  • Terus bekerja diperingkat paling minima.
Adik-adik,
Apapun yang dipilih seharusnya tidak merugikan masa depan agama, bangsa, negara, keluarga dan diri sendiri. Kita tidak mampu mengharungi cabaran dan rintangan yang kian kencang menggoncang hak dan keistimewaan kita. Apakah kita mampu menerus dan mengurus legasi kesinambungan bangsa tatkala kita sendiri tidak mampu memelihara keampuhan ummah kerana leka mengejar kepentingan sendiri. Ayuh wahai anak bangsa kita bangkit dari dodoi buai musuh yang selama ini membisikkan alunan irama leka dan lalai sehingga kita tidak sedikit pun risau dan bimbang tentang nasib agama dan bangsa. Ayuh adik-adik kita bangun memperkasakan diri sebagai benteng menghadapi ancaman musuh yang hanya menanti masa untuk mengambil kesempatan dari kealpaan kita. Teruskanlah misi perjuangan yang belum selesai.


Khamis, 17 Mac 2011

Tsunami dan Teladan


Adakala bila kita maju dan moden kita akan selalu angkuh dan lupa. Kita selalu mempermain-mainkan peringatan dan amaran Allah. Atas nama kemodenan kita sanggup menggadai iman, atas nama kemajuan kita langgar tegahan agama. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar angkara. Mungkin ini baru sedikit teladan buat kita. Renung-renungkan.

PROGRAM JOM KAYUH ANJURAN POLITEKNIK SULTANAH BAHIYYAH



Kami warga Taman Seri Mahkota (TSM) mengalu-alukan pemilihan TSM sebagai sebahagian dari laluan untuk program 'Jom Kayuh 2011'

Sekadar berharap agar:-

  • Keselamatan penduduk diutamakan terutamanya kanak-kanak yang pasti teruja menyaksikan acara tahunan ini.
  • Tidak membuang sampah / botol minuman di bahu jalan. (Pihak TSM akan memanggil pihak penganjur sekiranya perkara ini berlaku)
"Sukan Untuk  Semua, Sukan Menjana Minda"

Rabu, 9 Mac 2011

SRS TAMAN SERI MAHKOTA

Setelah hampir genap setahun KRT Taman Seri Mahkota ditubuhkan, pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan, antaranya:-

  • Program dialog berkala bersama pihak-pihak berwajib
    • MPKK
    • Pemaju
    • PDRM
    • NGO
    • Pentadbiran Dearah
    • Pejabat Agama
  • Program Muhibbah Perayaan
  • Majlis Berkhatan
  • Program Qurban
  • Khidmat masyarakat semasa bencana 
  • Sehari bersama Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
  • Sukaneka Gemilang Mahkota
  • Pertandingan Bola Sepak
Dalam tempoh yang singkat ini kita juga telah menjalankan program 'warm-up' rondaan sukarela dan untuk tempoh itu telah berjaya mencegah kejadian jenayah, gejala sosial remaja termasuk mencegah kes-kes maksiat yang sering mensasarkan kawasan berbatu dan berbukit di sekitar Taman Seri Mahkota(TSM) sebagai zon panas untuk aksi terlarang. 

Demi meneruskan usaha gigih seluruh warga TSM maka kita telah mengorak langkah untuk menubuh Skim Rondaan Sekarela (SRS). Permohonan pihak KRT TSM telah diluluskan dan kita telah bersedia sepenuhnya untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini setelah hampir setahun belajar dan menimba pengalaman.
Pihak JPNIN juga telah menyokong permohonan KRT TSM untuk mendapatkan Kabin SRS (22' x 10') sebagai flatform aktiviti SRS dan KRT. 
Kabin SRS (gambar Hiasan)
Kawasan Kejiranan Selamat