Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.
Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi:
- melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.
- penyalahgunaan harta negara.
- merugikan negara
- memperkaya diri sendiri dan kerabat.
Keadaan Yang Mencetuskan Rasuah
- Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar/pembuat keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap tidak demokratik.
- Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
- Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang dibenarkan undang-undang
- Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar.
- Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama".
- Lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk melaksanakannya.
- Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman.
- Kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat.
- Gaji penjawat awam yang kecil.
- Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam dengan politiking, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku.
Statistik sehingga Mac 2011
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


