Salam Sejahtera buat seluruh warga mahkota,
Selamat bercuti buat anak-anak pelajar yang telah mula bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina 2011.
Buat rakan-rakan,
Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa seluruh warga Seri Mahkota kini sedang 'bergegas' untuk menjayakan program "Sukaneka Gemilang Mahkota 2011".
Sememangnya program ini dirangka, dirancang dan diatur berasas kepada keperluan orang ramai pada segenap peringkat umur khususnya warga Seri Mahkota.
- Tiada agenda terselindung
- Tiada motif keuntungan
Maka kita amat berharap agar segalanya dapat dimudahkan kearah KESEJAHTERAAN RAKYAT, namun seperti dijangka disaat-saat akhir pasti akan muncul sedikit masalah.
PERMOHONAN MENDAPATKAN KHEMAH, KERUSI DAN MEJA DARI PIHAK JKR tidak dapat dipertimbangkan oleh pihak berkaitan,
Inilah alasannya:-
- Permohonan akan hanya dipertimbangkan sekiranya program yang dijalankan adalah bersama Y.A.B Menteri Besar, Y.B. Exco-exco kerajaan Negeri dan Y.B. Menteri (majlis-majlis rasmi). Surat jawapan permohonan akan dimuatnaik kemudian.
Tujuan saya menghebahkan perkara ini untuk pengetahuan seluruh warga mahkota adalah kerana saya percaya saudara/i berhak mengetahui perkara sebenar.
Sahabat-sahabat sekelian,
Sebenarnya dalam usaha kita merencana program dan aktiviti demi keSEJAHTERAan seluruh penduduk=rakyat di Desa Seri Mahkota ini ada pelbagai cabaran dan dugaan. Antaranya:-
- Birokrasi=red taped,
- POLISI yang kurang mesra rakyat,
- Kefahaman dan keprihatinan. (kalau kita banyak dana, kita pun tidak mengharap kepada pihak-pihak yang difikirkan boleh membantu).
Bukan kita minta yang terbaik, cukuplah sekadar teduhan buat anak-anak kecil (yang buruk-buruk pun jadilah). Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa, tetapi sebagai platform untuk menyatakan bahawa kami diperingkat akar umbi ingin sama-sama berkongsi nikmat dan khazanah kemakmuran negara.
Wassalam..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan