widget

Ahad, 1 Mei 2011

SELAMAT HARI PEKERJA

Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata sambutan Hari Pekerja akan diadakan pada 7 Mei ini di Bukit Jalil dan akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata tema sambutan kali ini, ialah “Pekerja Merealisasi Transformasi Negara”, yang mencerminkan pentingnya peranan warga pekerja dalam merealisasikan transformasi ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. – BERNAMA

Perhimpunan Hari Pekerja 2011 pada 7 Mei di Stadium Bukit Jalil
Apa itu Skim? 
Setiap kali dekat dengan bulan Mei jer mesti ada sebut pasal Skim laa.... Gaji naik laaa... Persaraan laa... KWSP laa... Sebagai pekerja apa sebenar yang kita perlu tahu berkenaan hak kita?... terutama Skim yang diperkenalkan oleh kerajaan... Para pekerja di Malaysia berhak untuk menyertai mana-mana skim yang disediakan khas untuk insurans sosial dan faedah persaraan. 
(Sumber  : myGoverment - Pekerja dan Latihan )

Skim KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan skim yang menyediakan faedah persaraan untuk semua ahlinya melalui pengurusan simpanan yang cekap dan boleh dipercayai. Skim simpanan ini dilaksanakan ke atas setiap pekerja melalui sumbangan daripada perkerja dan majikan. 


Skim PERKESO
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan skim keselamatan sosial yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan beban, menjamin pembayaran faedah dan melindungi pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya, penyakit dan sebagainya. Pekerja berpendapatan RM3000 dan ke bawah dan majikan di sektor swasta perlu membayar caruman setiap bulan. 


Skim Pencen
Pesara yang memilih skim ini akan menerima pendapatan bulanan tetap, ganjaran perkhidmatan dan menikmati pelbagai faedah seperti rawatan perubatan percuma di hospital-hospital Kerajaan. Skim pencen diwujudkan bertujuan untuk menyediakan sumber kewangan yang terjamin kepada kakitangan Kerajaan yang telah bersara.

Akta Kerja 1955
Memperuntukkan Majikan dan pekerja menyediakan kontrak dan sama-sama bersetuju terma dan syarat. Pihak yang ingin menamatkan kontrak, dikehendaki menyerahkan notis kepada pihak yang satu lagi bagi tempoh tertentu. Kegagalan memenuhi syarat yang dipersetujui akan menyebabkan penamatan itu tidak sah. Penamatan kontrak adalah diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955 dan ia boleh dibahagikan kepada dua, itu penamatan kontrak dengan notis dan tanpa notis. 


Berikut Skim dalam perancangan tapi masih belum dilaksanakan... 


Skim Gaji Minimum
Kaji selidik Kadar Pendapatan Kebangsaan 2009 pula menunjukkan 33.8 peratus daripada 1.3 juta pekerja menerima gaji kurang RM700 sebulan, iaitu di bawah paras kemiskinan RM720 sebulan yang ditetapkan.  


Kerajaan juga pada dasarnya bersetuju untuk melaksanakan skim gaji minimum bagi membolehkan pekerja swasta berpendapatan rendah menikmati gaji lebih tinggi. Katanya, perkara itu akan direalisasikan menerusi penggubalan Akta Majlis Konsultasi Gaji Minimum Kebangsaan 2011 tidak lama lagi, sekali gus dapat memberikan kerajaan kuasa untuk menentukan kadar gaji pekerja di sektor swasta pada masa depan.


Skim Perlindungan Pemberhentian Kerja 
Kerajaan juga sedang mengkaji untuk memperluaskan skim perlindungan sosial yang diberikan kepada pekerja di sektor swasta khasnya mereka yang diberhentikan kerja tanpa sebab atau akibat majikannya gulung tikar. “Ini penting bagi mengurangkan beban dan masalah berbangkit apabila mereka dibuang kerja dan perkara seperti ini perlu diberi tumpuan serius oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan tenaga kerja di dalam negara,” katanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan